The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan Piala FA SF1 | Sabah FC vs Selangor FC | Sasar Membawa Pulang Kelebihan Ke Laman Sendiri

Nov 09, 2025 - FAS

Selangor FC akan berdepan Sabah FC hari ini bagi perlawanan Separuh Akhir pertama saingan Piala FA 2025 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada jam 8:15 malam.

Imbas kembali perjalanan skuad Gergasi Merah dalam saingan Piala FA; Selangor FC memulakan saingan dengan kemenangan agregat 12-1 menentang Malaysian University dalam Round 16. Di pusingan Suku Akhir, pasukan berjaya mendapatkan kemenangan menentang Negeri Sembilan FC dengan agregat 6-3. Dengan kemenangan tersebut, skuad Merah Kuning berjaya mendapat tempat dalam pusingan Separuh Akhir  menentang Sabah FC.

Ini merupakan pertemuan kali ke-79 di antara #SABSFC. Mengikut rekod  pertembungan sebelum ini, Skuad Gergasi Merah telah memenangi 40 perlawanan dan 16 kali seri dengan jumlah 131 gol telah terhasil sepanjang menentang The Rhinos. 

Menurut Ketua Jurulatih Selangor FC, Christophe Gamel, mahukan pasukan hadir dengan semangat baru.

“Perkara paling penting adalah kita perlu perbaiki kekurangan bersama-sama, saling membantu satu sama lain dan teruskan dengan semangat yang positif. Kita mesti melakukan yang terbaik dan hadir dengan semangat baru untuk capai tahap yang terbaik,” harapan Gamel.

Bagi keberadaan pemain, Sharul Nazeem tidak dapat bersama pasukan kerana Ligamen anterior cruciate (ACL), Haiqal Lau mengalami ketegangan otot betis dan Zikri Khalili mengalami kecederaan di bahagian hamstring. Para pemain Gergasi Merah yang berada di Kota Kinabalu hari ini akan berikan saingan tinggi kepada Sabah FC.

Ayuh bangkit Gergasi Merahku!

Demi Kebanggaan!